Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 9-Jan-2009 20:04
ayam masak lemak cili api
kacang buncis goreng dgn cendawan dan udang
apam mekar - jasmeen

kakak selalu masak ayam masak lemak cili api ni...anak2 suka makan...
ada kat entry yang lepas2
musim sejuk ni adalah kacang buncis kat sini... kalau dah masuk musim panas nanti
sebiji kacang buncis pun tak nampak...
kakak goreng je dengan cendawan dan udang
apam mekar ni pulak kakak ikut resepi jasmeen... tapi tak mekar lah meen... nape ye?

roti pintal kismis
ban mentega kelapa

roti pintal kismis
bahan
A
250g tepung roti - kakak guna tepung gandum biasa
2 1/2 tbsp gula
1/2 tsp garam
1/2 tbsp susu tepung
1/8 tsp serbuk kulit kayu manis
2 tsp yis segera
B
1 biji telur
100ml air sejuk
C
25g mentega
D
120g kismis
cara
1. cuci dan keringkan kismis
2. adun A hingga sebati campur B dan uli hingga menjadi doh
3. tambah C dan terus menguli doh menjadi lembut dan kenyal
4. tambah D dan gaul hingga sempurna biar ia naik selama 60 minit atau berganda saiznya
* untuk cara 2-4 kakak guna bread maker
5. bahagikan doh menjadi 100g sebahagian bentuk menjadi bebola dan biar selama10 minit
(dapat 6 bahagian)
6. gulung doh menjadi panjang dan tirus 30cm panjang
pintal 3 gulungan seperti bentuk tocang
7. biar menaik selama 45 minit atau berganda saiznya
8. sapu dgn telur dan bakar pada suhu 180'C selama 20 minit

ban mentega kelapa
bahan
ban manis asas
A
480g tepung roti
120g tepung gandum
* kakak guna 600g tepung gandum biasa
110g gula
10 g garam
20g susu tepung
4 tsp yis segera
B
1 biji telur
300ml air sejuk
C
60g mentega
inti
60g mentega
150g gula
1 biji telur
150g kelapa parut kering
cara
1. sediakan inti~putar mentega dan gula hingga lembut dan gebu
tambah telur dan putar hingga tidak berbintil
2. bentuk adunan menjadi bebola setiap satu 30g dan ketepikan
campur kelapa parut dan gauk hingga sebati
* cara menbuat doh sama seperti membuat roti pintal diatas
3. bahagikan doh kepada 60g sebahagian bentuk menjadi bebola dan biar selama10 minit
4. ratakan dgn cermat dan balutkan inti kelapa
5. canaikan doh menjadi bulat bersaiz 14cm dan lipat dua kali menjadi 1/4 bulatan
6. potong pembukaan di tengah2 doh bulat yg sudah di ratakan
buka bahagian pembukaan yg telah di potong membentuk V supaya boleh melihat inti
7. biar menaik selama 45 minit atau berganda saiznya
8. sapu dgn telur dan bakar pada suhu 190'C selama 12-15 minit

© Pidgin Technologies Ltd. 2016