Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 2-Jan-2009 21:45
http://www.glitterfy.com/()

assalamualaikum
tak pernah buat karipap berpusar ni...
baru mencuba dari buku resepi alex goh
tak tau lah jadi ke tidak... tapi macam ni lah rupa nye
tak lah secantik yg alex goh buat tu



KARIPAP BERPUSAR

bahan inti
A
250g kentang rebus di dadu
B
20g minyak
1 biji bawang di hiris nipis dan di tumis hingga masak
C
30g minyak
1 ulas bawang putih di hancur
1 biji bawang di cincang
1 tangkai daun kari
D
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar air
E
200g daging ayam di dadu
F
1 sudu teh garam
1 sudu gula
1 sudu teh stok pati ayam
100g air

bahan doh air
260g tepung
50g majerin
20g gula
140g air

bahan doh minyak
180g tepung
100g lelemak sayuran

cara
inti
1. panaskan minyak di C masuk bahan lain dan tumis hingga wangi
2. tambahkan D yg telah di gaul dulu dan tumis hingga wangi
3. masukkan E dan masak daging ayam hingga putih
4. masukkan F dan didihkan
5. campurkan A da B dan kacau hingga sebati
6. alih dan biarkan sejuk
doh air
campurkan semua bahan utk menghasilkan doh yg licin
bahagi kepada 2 bahagian sama rata
biar selama 20 minit
doh minyak
campur semua bahan untuk menghasilkan pes yg licin
bahagi kepada 2 bahagian sama rata
1. balutkan doh minyak dengan doh air
2. canai doh menjadi bentuk empatsegi bujur dan buat lipatan buku
3. canai nipis setebal 2mm dan gulung seperti kek gulung swiss
4. biarkan selama 10 minit dan potong menjadi 8 keping
5. ulang langkah untuk bahagian kedua
6. leperkan doh dan canaikan menjadi setebal 3mm.
7. balutkan inti ke dalam pastri dan sepit bahagian tepi supaya rapat
8. goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan

ketupat segera je ni... buka peket terus rebus... senang kan
kuah kacang ni belajar dari arwah emak... ingat lagi dulu tiap2 raya mak akan rasa masakan
anak menantunye dan beri komen ape yg kurang dan terlebih... dari situ lah kami belajar...
sate goreng ni pulak hentam je :-D... bahannye same dengan buat sate biasa tu kot...
cuma tak dibakar je...



KUAH KACANG

bahan
(kuantitinya agak2 je lah ye... :-> kakak tak sukat lah pulak)
kacang tanah yg di goreng tanpa minyak dan di kisar
bawang besar di hiris bulat
serai dan lengkuas di titik
air asam jawa
gula
garam
minyak
bahan kisar
cili kering
bawang merah
belacan
udang kering

cara
1. tumis bawang serai lengkuas hingga wangi
2. masukkan bahan2 kisar tumis hingga masak
3. masukkan kacang gaul hingga rata
4. tambah air asam jawa dan air
5. tambah garam dan gula
6. masak hingga naik minyak

sate goreng

bahan
(ni pun kakak tak sukat... main agak2 rasa je)
daging di potong kecil
minyak
garam
gula
bahan kisar
bawang merah
bawang putih
halia
kunyit
serai
ketumbar

cara
1. gaul rata semua bahan dan perap
2. masuk dalam kuali kacau hingga daging masak

© Pidgin Technologies Ltd. 2016