Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 19-Sep-2008 21:09
http://www.glitterfy.com/()

Assalamualaikum
Ni ha... nak tunjuk sikit umah kakak yg baru ni. Bukan umah sendiri, barang2 kat umah tu pun semua dah di sediakan cuma perlu pindah keperluan sendiri tapi banyak nya bukan main maklum lah dah duduk sini hampir 4 tahun tu yg tak habis2 berkemas sampai ari ni. Tengok lah nampak kosong je, barang2 hiasan rumah sume masih dlm kotak.


Dapur ni kalau belum masak macam ni lah rupanya tapi kalau tengah masak....paham2 je la. Dapur utk memasak, peti sejuk, oven sume di sediakan tapi nak guna oven sendiri yg lama jugak. Mula2 dah masukkan dlm setor, semalam bila nak buat biskut raya suruh husband keluarkan, nak guna oven tu jugak.... kenapa ye?


Yang ni pulak ruang tamu, ruang makan dan ruang masuk ke bilik. Semua brg2 tu jugak dah di sediakan. Karpet dan alas meja tu sendiri punya.... Nampak tak karpet warna pink tu, beli kat morocco...jangan marah... Cermin punya lah banyak... dekat ruang makan ada, ruang nak masuk bilik ada, lorong nak ke pintu keluar rumah pun ada, besar2 pulak tu. Lum masuk cermin dlm 3 bilik tidur dan 4 bilik air. Nasib baik dalam dapur tak ada.


Bukan senang nak dapat sayuran ni. Kat pasar bukan ada jual. Sayuran ni kami beli dari seorang pengusaha ladang sayur berbangsa korea. Dulu kami pergi ke ladangnya untuk beli sayur. Sekarang kami pesan dan ambil kat umah dia je. Kat m'sia senang je kan, tak payah susah2 macam kat sini. Kadang2 tu ada sayur kangkung tapi sayur2 kat sini tak lah secantik sayur2 kat m'sia.


Kacang panjang ni kakak goreng ngan isi ayam. Masak cincai2 je. Goreng isi ayam, tambah bawang merah, bawang putih, halia, masukkan kacang panjang kacau2 siap.


Peria ni kakak goreng buh perencah ikan bilis je. Buh cili sikit biar pedas. Kalau guna cili merah sedap tapi tak ada... guna cili kering je tu yg merah semacam je rupenye.


Ikan ni sebenarnye ikan goreng semalam yg tak habis. Kalau tak diusahakan sikit alamat tak di usik oleh anak2. Jadi kakak panaskan sikit ikan tu, kemudian buatkan sosnye biar nampak menarik. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili kisar, tambah sos tomato, sos cili dan sedikit air. Nak menarik lagi kakak tambahkan hirisan bawang besar, karot dan lada benggala hijau kebetulan bebenda tu ada dlm peti sejuk. Curah atas ikan goreng tadi...... siap.

© Pidgin Technologies Ltd. 2016