Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


mee udang singapura
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
mee udang singapura



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 18-Sep-2008 04:30
http://www.glitterfy.com/()

Assalamualaikum
Semalam memandangkan kentang2 kakak yg dah nak hampir tumbuh (takut tumbuh pokok kentang pulak kat dapur baru akak ni) terpaksalah memasaknye dgn segera. Jadi kakak buat lah pergedel ni.



Ni pergedel yg dah siap tapi belum di goreng lagi. Nasib baik teringat nak ambil gambar.



Ni pulak dah siap di goreng dan sedia utk di makan tapi kene tunggu waktu berbuka puasa.

Resepinya......dari arwah emak (emak masak dulu2 mana ada resepi) dan dari pengalaman kakak yg dah buat beberapa kali.

Pergedel Daging

Bahan:
250g daging kisar (nak lebih/kurang pun boleh)
10 biji kentang (saiz sederhana di potong kecil)
1 biji bawang besar (di dadu)
2 ulas bawang putih (cicang halus)
sedikit halia (cincang halus)
sedikit daun sup}
daun bawang} (cicang halus)
lada hitam}
bunga cengkih}
bunga lawang}
kulit kayu manis} (kisar halus)
garam
telur (salut pergedel utk di goreng)

Cara:
1. Goreng kentang hingga empuk, angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit dlm kuali.
3. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
4. Masuk daging kisar, kacau hingga hampir masak.
5. Tambah rempah2 yg di kisar.
6. Masukkan kentang yg telah di goreng tadi, daun sup, daun bawang dan garam,gaul rata.
7. Angkat dan lenyek.
8. Bentukkan pergedel ikut suka, gaulkan dgn telur dan goreng.



Ha...mee udang singapura ni,
Semalam singgah ke fp zaiy, ternampak la mee ni. Tengok2 bahan yg digunakan semuanya ada. So...kakak pun salin resepi dan mencubanya. Ok lah rasa mee ni, anak2 pun suka. T kasih zaiy.
Kakak mintak izin nak tulis resepinya dlm fp akak ye. Mana lah tau kalau kawan2 kakak yg lain teringin nak mencuba, boleh kan.

Oleh kerana zaiy bagitau resepi asal dari en mat gebu, terima kasih en mat gebu. Kakak tuliskan resepinya ya, boleh kita kongsi bersama kawan2 yg lain.

Mee Udang Singapura

Bahan:
500g mee kuning (kakak guna spaghetti)
2 keping tahu
3 biji telur rebus
limau
taugeh (celur - kakak ganti dgn kobis yg di celur)
salad (hiris halus - tak bubuh)
hirisan cili merah/hijau
bawang goreng

Kuah:
Bahan Kisar:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1/2cm halia
2 tbsp udang kering (rendam dan tos)
2 tbsp taucu (cuci dan tos)
Bahan2 lain:
250g udang (buang kulit)
2 tbsp rempah kari ikan (campur sedikit air)
1 btg serai (dititik)
1" lengkuas (diketuk sedikit - kurangkan)
3 biji kentang (rebus dan lenyek)
1 tbsp tepung gandum (campur sedikit air)
1 biji tomato (potong kecil)

Cara:
1. Rebus kulit udang utk mendapatkan stok.
2. Panaskan sedikit minyak, gorengkan udang dan ketepikan.
3. Dgn minyak yg sama tumis bahan kisar, tambah serai dan lengkuas.
4. Masukkan rempah kari.
5. Tambah stok udang (tambah air jika inginkan kuah yg banyak)
6. Tambah kentang yg di lenyek dan tomato.
7. Tambah tepung gandum yg di campur air dan kacau utk meghasilkan kuah yg lebih pekat.
8. Akhir sekali masukkan udang yg telah di goreng tadi.
9. Siap utk di hidang.

*Untuk menghasilkan spaghetti yg ala2 mee kuning masukkan sedikit garam dan serbuk kunyit kedalam air rebusan dan rebus hingga lembut (almaklum lah kat sini tak ada mee kuning)

© Pidgin Technologies Ltd. 2016