Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Asam Pedas Kepala Ikan Kerapu Merah
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Asam Pedas Kepala



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 25-Apr-2008 15:33
http://www.glitterfy.com/()

Hari selasa lepas kakak buat taugeh.
Kat sini kalau nak makan taugeh kena lah buat sendiri.
Cara yg kakak buat.
1. Rendam 1/2 cawan kacang hijau hingga kembang.
2. Letakkan kain yg seperti kain guni jarang di atas bekas yg rata.
3. Tabur dan ratakan kacang di atas kain tadi.
4. Tutup dgn sehelai lagi kain yg sama.
5. Curahkan air sedikit2 hingga membasahi semua bahagian.
6. Letakkan benda berat diatasnya. (kakak letak baking tray sbb agak berat juga)
7. Letakkan di tempat gelap. (kakak letak dlm oven dapur gas sbb kakak tak guna oven tu)
8. Tambah air tiap2 hari supaya kain sentiasa basah.

Kakak lupa ambil gambarnya masa mula2 buat tu.
Ni gambar taugeh pada hari ke3.



Ni gambar taugeh pada hari ke4 dan sedia di ambil utk di masak.



Ni lah hasil taugeh yg kakak dah ambil dan bersihkan.




http://www.glittertextlive.com()

Tengahari ni kakak masak asam pedas kepala ikan kerapu merah....panjang beno la pulak nama masakan ni ye......
Sebenar nya dah tak ada bahan nak masak ni.
Kat dlm peti sejuk cuma ada kepala ikan kerapu merah ni je.
Jadi masak lah apa yg ada tu.



Resepinya tak ada tapi kakak bagi bahan2 yg kakak gunakan sebab kakak masak ni main agak2 je.

Bahan:
Kepala ikan kerapu merah
Tomato
Bunga kantan (dah keras dlm freezer)
Daun kesum ( pun dah keras dlm freezer)
Timun
Halba campur
Air asam jawa
Garam
Minyak utk menumis

Bahan kisar (kakak tumbuk je lagi sedap rasanya):
Cili kering (dah siap blend)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit
Belacan

Cara:
Panaskan minyak.
Masukkan halba campur, kamudian bahan kisar.
Masak sampai naik minyak (agak kering).
Tambah air asam jawa ( tambah air jika suka banyak kuah)
Masukkan kepala ikan, biar sampai ikan masak.
Akhir sekali masukkan daun kesum, bunga kantan, timun, tomato dan garam.
Siap untuk di hidang.

© Pidgin Technologies Ltd. 2016