Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Gulai Nenas
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Gulai Nenas



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 20-Apr-2008 20:30
http://www.glitterfy.com/()

Hari ni kakak masak gulai nenas ikan masin, daging goreng dan telur dadar.
Mula2 tu tak tau ape nak masak tengahari ni.
Teringat ada kawan bagi nenas dlm tin ari tu.
:idea: ha.....tu yg masak gulai nenas tu.



Gulai Nenas

Bahan
I tin nenas (tapiskan airnye)
tulang ikan masin kurau (itu je yg ade)
Santan kelapa (kakak gune santan serbuk + air )
Sedikit kunyit hidup
Sedikit ketumbar biji
3 biji cili api
secubit belacan
Sedikit bawang merah dan bawang putih
Serai dan lengkuas di ketuk sedikit
* Semuanye agak2 je, kalau biasa masak boleh agak kan.

Cara
1. Tumbuk kunyit hidup, ketumbar biji, cili api,belacan, bawang merah dan bawang putih
2. Masuk kedalam santan.
3. Masukkan juga bahan2 yg lain.
4. Masak hingga ikan masin masak.
5. Sedia utk dihidang.



Daging Goreng

Bahan
400g daging batang pinang
sedikit kunyit hidup
2 ulas bawang putih
1cm halia
1 labu bawang besar ( di hiris kasar )
1 tangkai daun bawang
1 biji cili hijau ( belah dua)
sedikit garam
Sedikit minyak


Cara
1. Tumbuk kunyit hidup, garam, bawang putih dan halia.
2. Gaulkan pada daging.
3. Panaskan minyak, goreng daging hingga masak dan kering.
4.Tambah bawang besar, daun bawang dan cili hijau.
5. Kacau rata hingga bawang layu sedikit.
6. Sedia utk di hidang

Telur dadar yg akak buat tu biasa je.
Tambah bawang, garam dan lada hitam.
Kacau2 goreng........ :-D .......senang kan.
Gambar kakak tak amek.
Rupanye tak menarik sbb akak goreng dgn minyak lebihan goreng ayam semalam. :egg:

© Pidgin Technologies Ltd. 2016